MADRID 5 Okt. – Eden Hazard akhirnya menjaringkan gol pertamanya bersama Real Madrid ketika membantu kelab yang baharu disertainya Mei lalu menewaskan Granada 4-2 dalam aksi La Liga awal hari ini. Penantian pemain antarabangsa Belgium itu sejak berhijrah dari Chelsea berakhir apabila dia sempat menyungkit bola biar pun diasak dua pemain pertahanan Granada untuk gol kedua Real pada penghujung babak pertama. “Kami perlukan Eden seperti itu, bermain cemerlang dan menjaringkan…










