NEW DELHI 7 Okt. – Seorang wanita baharu berkahwin dan tiga lagi ahli keluarga dihanyut arus dan lemas ketika cuba swafoto di sungai selatan India, hari ini. Menurut polis, kumpulan tersebut seramai enam orang sedang berpegang tangan dan berdiri dalam air pada paras pinggang namun wanita itu tiba-tiba terjatuh dan menarik tiga yang lain. Suami mangsa kemudian berjaya menyelamatkan seorang wanita namun yang lain termasuk isteri dan budak lelaki berusia…










