KUALA LUMPUR 7 Okt. – Para pemenang pusingan terakhir cabutan bertuah ELBA Spend & Win membawa pulang hadiah-hadiah bernilai lebih RM580,000 termasuk sebuah kereta Mercedes-Benz C200 Avantgarde. Fiamma Sdn. Bhd. dalam kenyataannya berkata, peraduan yang berlangsung pada 1 Mac hingga 31 Mei itu menawarkan 1,000 hadiah bulanan untuk dimenangi. Katanya, semua peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah pertama iaitu peti sejuk empat pintu ELBA, mesin basuh ELBA (tempat kedua) dan…









