SHAH ALAM 6 Okt. – Kedudukan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku orang Melayu yang paling berkuasa ketika ini menjadi sebab mengapa beliau diundang untuk menghadiri Kongres Maruah Melayu. Ia sebagai menjawab tuduhan pelbagai pihak kononnya penganjuran kongres itu berunsurkan politik serta persoalan adakah wajar seorang Perdana Menteri hadir ke program yang mewakili sesuatu kaum. Ketua Eksekutif Sekretariat Kongres Maruah Melayu, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling malah berkata,…










