KUALA LUMPUR 3 Okt. – Konflik pertembungan tarikh antara Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai dengan Perhimpunan Agung UMNO 2019 akhirnya selesai apabila UMNO membuat keputusan untuk menunda tarikh Perhimpunan Agungnya. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tarikh baharu yang telah disepakati ahli majlis tertinggi UMNO ialah 4 Disember hingga 7 Disember. Sehubungan itu, kata beliau, UMNO akan menumpukan seluruh tenaga dan jenteranya untuk PRK itu kelak.…










