KUALA TERENGGANU 7 Okt. – Kraftangan Malaysia komited bagi merealisasikan Dasar Kraftangan Negara yang dijangka dimuktamadkan tahun depan termasuk melindungi kraftangan tempatan yang kini berdepan cabaran kemasukan produk luar negara. Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Ibrahim Ismail berkata, langkah proaktif itu bagi memastikan industri kraftangan tempatan terus relevan sekali gus memberi impak positif kepada kira-kira 20,000 pemain industri berkenaan. Beliau memberitahu, dasar baharu itu merangkumi perlindungan ke atas kepentingan pelbagai produk…










