PUTRAJAYA – Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) akan menjadikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang berdaulat, aman, makmur dan dihormati di persada dunia, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata, dasar itu juga akan menjadikan rakyat Malaysia bersatu padu serta berupaya mempertahankan kepentingan nasional. Ketika melancarkan DKKA itu di sini hari ini, Mahathir berkata, dasar itu juga akan melengkapi Dasar Keselamatan Negara (DKN) yang merupakan satu dasar payung…










