KOTA BHARU 3 Okt. – Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM41.5 juta dari Januari sehingga September lalu di negeri ini. Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, jumlah rampasan itu meningkat sebanyak RM9.7 juta berbanding RM31.8 juta bagi dalam tempoh yang sama. Beliau berkata, pihaknya menyita pelbagai jenis barangan seperti kenderaan; wang tunai dan barang kemas berjumlah RM7 juta berkaitan kes dadah yang merupakan peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding…










