KUALA LUMPUR 2 Okt. – Khidmat beberapa pemain senior dalam skuad Harimau Malaya masih ditagih ketua jurulatihnya, Tan Cheng Hoe bagi memastikan pasukan itu kekal sebagai pencabar dalam pusingan kedua kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023. Pengendali berusia 51 tahun itu berkata, di samping memberikan peluang kepada pemain muda, beliau juga memerlukan pemain berpengalaman untuk membimbing dan menunjuk ajar kepada ‘adik-adik’ yang kurang pendedahan di peringkat antarabangsa. “Memang…










