KUALA LUMPUR 7 Okt. – Bursa Malaysia meningkat semula hari ini berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah oleh pelabur selepas indeks utama berada pada paras terendah dalam tempoh empat tahun minggu lepas, kata peniaga. Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.33 mata kepada 1,559.00 daripada 1,557.67 semasa ditutup pada Jumaat lepas. Indeks dibuka tinggi 0.12 mata kepada 1,557.79, bergerak antara 1,555.55 dan 1,560.37…










