KUALA LUMPUR 8 Okt. – Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, meneruskan peningkatan semalam dan bertentangan dengan prestasi Wall Street semalaman yang rendah. Pada 9.11 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.62 mata kepada 1,563.62 daripada 1,559.00 pada Isnin. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.46 mata kepada 1,560.46. Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 186 berbanding 75, manakala 925 kaunter tidak berubah,…










