BENARKAH perasaan simpati yang timbul dalam diri kita ketika bertemu dengan mangsa bencana alam atau peperangan adalah sepenuhnya untuk mangsa berkenaan? Mungkin benar kerana mangsa-mangsa tersebut tidak hanya kehilangan harta benda dan nyawa ahli keluarga dalam sekelip mata, tetapi kita juga pasti dapat menyelami perasaan mereka yang terpaksa menempuh rutin hidup baru yang penuh dengan keperitan. Selalunya kita luahkan perasaan simpati tersebut melalui linangan air mata dan diakhiri dengan…










