KUALA LUMPUR 2 Okt. Kerajaan diharapkan memberi tumpuan kepada usaha melindungi kawasan hijau dan hutan simpan di sekitar bandar besar bagi mewujudkan persekitaran yang lebih ‘sihat’, selain turut mendengar pendapat penduduk setempat dalam soal pembangunan. Timbalan Pengerusi Save Kuala Lumpur Datuk M. Ali berkata di ibu kota, kawasan hijau yang dikenal pasti seperti dari Jalan Damansara, Jalan Semantan sehingga ke kawasan Bukit Tunku dan Bank Negara Malaysia diharapkan dapat diwartakan…










