KUALA LUMPUR – Bidang keselamatan siber negara perlu terus diperkemas dan diperkasakan, seiring dengan perubahan era digital yang semakin mencabar serta kompleks. Justeru itu, tumpuan perlu diberikan kepada pembangunan bidang itu melalui agihan dana lebih banyak dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr. Amirudin Abdul Wahab berkata, kerajaan wajar menyediakan peruntukan dengan sesuai untuk menggalakkan pembangunan sektor yang lebih menyeluruh…










