Bagi menghasilkan proses tumbesaran tanaman yang optimum, pelbagai faktor perlu diberi perhatian. Struktur dan tekstur tanah, kelembapan dan daya pegangan air tanah dan tahap keasidan tanah perlu diambil kira. Faktor-faktor ini boleh dibantu melalui penggunaan bahan-bahan tambahan yang akan meningkatkan faktor tersebut ke tahap yang diperlukan. Selain itu, tumbesaran tumbuhan juga sangat bergantung terhadap nutrien yang dibekalkan secara langsung kepada tanah melalui penggunaan baja. Nutrien dimaksudkan ialah nitrogen, fosforus dan…










