KUALA LUMPUR 1 Okt. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sepatutnya membantu memberi cadangan dan pandangan bernas demi menjaga imej Muafakat Nasional dan Penyatuan Ummah. Menurut Mujahid, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak sepatutnya memanjangkan pembohongan ibarat lebai malang kerana marah nyamuk, bakar kelambu. Beliau berkata, Asyraf Wajdi sepatutnya malu pada diri sendiri…