KULIM – Seorang anggota polis daripada Unit Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah van di Jalan Tunku Putra di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, mangsa, Lans Koperal Muhammad Zarith Mat Rizan, 27, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Yusuf berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati anggota polis…









