ANDAI disorot kembali lima tahun lalu, gadis yang menggunakan nama pentas sebagai Aina Abdul ini pasti antara yang dikenali terutama dalam kalangan peminat muzik bergenre balada. Penglibatannya buat kali pertama dalam pertandingan nyanyian berskala besar, Mentor Legend pada 2014 turut meninggalkan impak tersendiri pada perjalanan karier seninya. Berkat usaha dan keringat yang diberikan selama beberapa minggu akhirnya terbalas apabila dia dinobatkan sebagai naib juara pertandingan tersebut. Menurut protege kepada penyanyi…










