SHAH ALAM – Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) mengesahkan 842 kes daripada 952 aduan air berbau di 18 buah kawasan selamat digunakan oleh pengguna. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, kesemua aduan tersebut diterima pihaknya bermula 29 September lalu hingga hari ini. Menurutnya, berdasarkan ujian in-situ (ujian pensampelan ditapak) dilakukan pihaknya mendapati air dibekalkan selamat digunakan dan mematuhi piawaian kualiti air Kementerian Kesihatan.…










