BESUT 1 Okt. – Seramai 42 belia dari negeri-negeri di Pantai Timur menamatkan kursus penternakan ikan marin peringkat kebangsaan di bawah program Youth Agrotech di Kompleks Rakan Muda Besut di sini, semalam. Kursus selama empat hari itu dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Penyelaras kursus, Bashar Mat Jadi berkata, kursus peringkat asas yang kali pertama diadakan itu bertujuan menyalurkan teknologi terkini yang diguna pakai dalam pelaksanaan…










