LONDON – Sebanyak 15 ekor kucing ditemui dalam keadaan ‘menakutkan’ oleh pasukan penyelamat di rumah seorang pemilik haiwan setelah dia dimasukkan ke hospital, lapor akhbar Daily Star. Sukarelawan dari Penyelamat Haiwan Gainsborough yang memasuki kediaman tersebut untuk melakukan siasatan mendapati kawanan haiwan itu telah diabaikan selama sebulan oleh pemiliknya. Melanie Barker yang menjalankan operasi menyelamat itu memberitahu saluran portal Lincolnshire Live bahawa seorang doktor veterinar menghubunginya selepas satu warga emas…










