JAKARTA 2 Okt – Kira-kira 11 orang parah selepas sebuah pesawat milik penerbangan Emirates mengalami gegaran ketika dalam perjalanan dari Dubai ke Bali. Lapor CNN Indonesia, insiden mencemaskan itu disahkan Pengurus Komunikasi dan perundangan Lapangan Terbang Ngurah Rai, Arie Ahsanurrohim. “Pesawat mengalami gegaran ketika berada pasa ruang udara Singapura mengakibatkan 11 orang cedera,” katanya. Tambahnya, daripada semua yang cedera, lima daripadanya kini menerima rawatan di pusat perubatan di Bali.- AGENSI










