KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) telah menetapkan 1 November 2019 sebagai tarikh akhir bagi pendeposit tidak aktif untuk mengaktifkan akaun masing-masing untuk mengelakkan risiko kehilangan manfaat sebagai pendeposit akaun aktif TH. TH dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia telah mengenal pasti lebih 700,000 akaun pendeposit TH (sehingga akhir Ogos 2019) melibatkan jumlah simpanan sebanyak RM60.4 juta yang tidak melakukan sebarang transaksi melebihi tujuh tahun berturut-turut mulai 2012.…










