KUALA LUMPUR 26 Sept. – Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad meninggal dunia kira-kira pukul 11.53 pagi tadi. Menurut Facebook rasmi Sang Gendang – Yazit Search, Allahyarham meninggal dunia disisi keluarga dan sahabat handai di Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini. Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al Ayubi di Taman Melati untuk disolat dan dikebumikan di Raudatul sakinah Taman Selasih. Yazit sebelum ini dilaporkan kritikal di bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) dan terpaksa menggunakan bantuan pernafasan. Terdahulu, pemuzik berusia 57 tahun itu dikejarkan ke wad Urologi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya