Program Makanan Sedunia (WFP) memohon bantuan dana segera bagi membantu mengurangkan beban sebanyak AS$40 juta (RM167.9 juta) untuk hampir 900,000 pelarian Rohingya. Lapor Arab News, WFP memberi amaran tentang krisis makanan yang akan berlaku di kem-kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh berikutan stok makanan dijangka habis dalam tempoh dua bulan. Menurut jurucakap WFP, Herve Verhoosel kepada wartawan di Geneva minggu lalu, pertubuhan itu memerlukan kira-kira AS$16 juta (RM67.2 juta)…










