Warga emas meninggal dunia selepas dilempar botol wain - Utusan Malaysia

Warga emas meninggal dunia selepas dilempar botol wain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Seorang lelaki Australia dilaporkan melemparkan satu botol wain merah dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri di sini lalu menyebabkan seorang warga emas terbunuh, lapor akhbar Daily Mail Australia baru-baru ini.

Menurut laporan, Andrew Gosling, 47, dari Melbourne dituduh mencampak botol itu kira-kira pukul 8.40 malam pada 18 Ogos lalu.

Mangsa, Nasiari Sunee, 73, dikatakan terkena botol itu pada bahagian kepala semasa dia menghadiri satu majlis masuk rumah iaitu dua tingkat di bawah kediaman Gosling.

FACEBOOKNASIARI (kanan) maut akibat kecederaan pada kepala di
NASIARI (kanan) maut akibat kecederaan pada kepala di Singapura baru-baru ini.

 

Keluarga mangsa bimbang Nasiari mungkin menjadi sasaran kerana dia seorang beragama Islam.

“Apakah kemungkinan bahawa sesiapa yang melemparkan botol itu ada sesuatu terhadap Muslim?” kata anak saudara Nasiari, Mohammed Nafis kepada saluran Nine News.

“Ibu saudara saya bertudung dan bapa saudara pula memakai songkok iaitu pakaian tradisional orang Islam dan botol itu terkena mereka?” tambahnya.

AGENSIGAMBAR menunjukkan arah botol wain dilempar oleh suspek
GAMBAR menunjukkan arah botol wain dilempar oleh suspek dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri ke lokasi kedudukan mangsa.

 

Gosling, bekerja sebagai kontraktor syarikat teknologi Orica, sudah didakwa dengan apa yang dikenali sebagai ‘jenayah bunuh-buang sampah’.

Bagaimanapun, tuduhan itu ditukar kepada lebih serius iaitu ‘mendatangkan kecederaan teruk dengan sengaja menggunakan instrumen’, bermakna jika dia didapati bersalah, suspek boleh dihukum penjara dan rotan.

7NEWSGOSLING (tengah) bersama dua individu lain di sebuah lokasi
GOSLING (tengah) bersama dua individu lain di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan.

 

Nasiari dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia akibat kecederaan teruk di kepala pada keesokan hari iaitu 19 Ogos.

Gosling akan dibicarakan di mahkamah pada 18 Oktober ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×