KUALA LUMPUR – Mayat bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di dalam tong sampah di tandas wanita Tugu Negara, Jalan Parlimen di sini petang tadi. Dalam kejadian kira-kira 2.47 petang itu disedari oleh seorang wanita yang menggunakan tandas berkenaan sebelum menghubungi pihak polis bagi melaporkan mengenai penemuan bayi tersebut. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, siasatan mendapati ibu bayi berkenaan merupakan seorang wanita…










