TAPAH – Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas sebelum dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 6, Jalan Teluk Intan-Bidor di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 8.10 pagi itu, mangsa, Nor Shazwani Mohamad, 26, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Honda…










