SHAH ALAM 20 Sept.- Seorang doktor mengaku tidak bersalah di dua mahkamah di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan bekas isteri dan bapa mertuanya yang mana rakaman kejadian itu tular di media sosial baru-baru ini. Di Mahkamah Sesyen, Dr. Syed Ariff Syed Abdul Rahman, 34,didakwa menyebabkan kecederaan di bahagian kiri atas kepala terhadap bekas isterinya, Siti Nur Hidayah Abd. Rahim berusia 34 tahun menggunakan telefon bimbit. Sementara itu, di Mahkamah…










