KUALA LUMPUR 20 Sept. – Kegagalan menarik kehadiran ramai penonton dan tersingkirnya tuan rumah Kedah lebih awal memaksa penganjur Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-raja (PERR) Ke-79 memindahkan semua venue suku akhir dan separuh akhir ke Lembah Klang. Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM) mengambil ‘Pelan B’ itu secara drastik dengan mencalonkan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Arena Universiti Malaya, Stadium Mindef dan Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebagai venue baharu.…










