PUTRAJAYA -Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1441H, Datuk Seri Dr. Ir Zaini Ujang menyeru umat Islam untuk menjadi pelopor kepada kelestarian alam sekitar. Beliau yang merupakan ilmuwan dalam bidang alam sekitar berkata alam sekitar perlu dijaga dengan baik bagi memastikan umat Islam mudah menjalankan tanggungjawab beribadah kepada Allah. “Contoh, nak sembahyang kena ada air. Kalau tiada air, kita kena cari tanah untuk bertayamum. Jadi kita juga kena melestarikan tanah supaya ia…










