Tudung La Sports...Utamakan keselesaan untuk sukan - Utusan Malaysia

Tudung La Sports…Utamakan keselesaan untuk sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGI golongan wanita yang merasai ‘ketidakselesaan’ dengan pemakaian tudung sewaktu bersukan seperti bermain golf, bola sepak, hoki dan sealirannya, La Sports ada jalan penyelesaiannya. Menampilkan dengan rekaan terkini, La Sports direka dwi-fungsi sebagai inner dan tudung untuk memberikan pemakainya keselesaan dan keyakinan ketika bermain golf atau melakukan aktiviti sukan, riadah kegemaran anda.

Menurut Pengasas La Sports, Datuk Jemangi Rekijan, tudung La Sports direka khusus untuk sukan dan aktiviti riadah lain hasil inspirasi dari minat yang sangat mendalam terhadap sukan golf.

Katanya, beliau bersama dua rakannya yang sering kali terlibat dalam pertandingan golf berkongsi pendapat dan inspirasi dalam merealisasikan idea rekaan Tudung Sukan Nombor 1 La Sports menjadi realiti dan sempurna menggunakan fabrik terpilih yang berkualiti tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemain golf biasanya terdedah di bawah cahaya matahari terik sekurang-kurangnya empat jam bagi satu permainan 18 lubang dan kepanasan dari sinar UV boleh memberi kesan kepada kulit dan menyebabkan kepeningan.

“Atas sebab itulah tudung La Sport tercipta, bukan sahaja untuk sukan golf tetapi juga amat sesuai dipakai bagi mereka yang gemar aktiviti luar dan lasak seperti sukan motosikal lasak, berbasikal, marathon, berbasikal, hiking, malah untuk renang juga,” ujarnya.

Jemangi memberitahu, sasaran awal pihaknya ialah untuk membekalkan tudung sukan kepada badan-badan korporat dan pasaran online.

Bagaimanapun, katanya, berdasarkan permintaan yang tinggi pihaknya memperluaskan pasaran tudung La Sports ke institusi pendidikan dan badan-badan korporat.

“Baru-baru ini produk keluaran La Sports ini telah menarik minat Angkasa dan Koperasi Felda Medoi Berhad untuk memeterai perjanjian kerjasama. Kami berterima kasih kepada Angkasa dan Koperasi Felda Medoi kerana sudi bekerjasama dengan kami,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi Pengasas bersama La Sports, Hani Yaacob, kualiti kain yang dipilih sangat sejuk dan direka khas bagi membantu perlindungan bahagian kepala dan rambut untuk mengelakkan pening, panas, berpeluh dan juga untuk melancarkan pendengaran sepanjang pemakaian tudung La Sports.

Katanya, kepantasan sangat penting bagi ahli sukan, jadi tudung La Sports sangat ringan serta menyerap peluh dengan pantas.

“Ramai pemain-pemain golf amatur mula menggunakan tudung La Sports kerana bagi mereka ia sangat berbeza dengan tudung-tudung yang lain. Terasa sejuk, ringan, menyerap peluh dan cepat kering.

“Selain itu, tudung La Sports juga tidak memerlukan masa yang lama untuk memakainya terutamanya pada waktu kecemasan. Malah yang lebih penting ia menjadikan seseorang pemain itu kelihatan cantik dan kemas,” ujarnya ketika ditemui di Johor Bahru, baru-baru ini.

Untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh layari website www.lasports.my atau hubungi +6012-9989769 / +6016-717 1395 (Hani). – UTUSAN ONLINE

——————

INFO GRAFIK

Produk La Sport

Tudung Sukan & Inner

RM129 (WM) / RM139 (EM)

BND59 (Brunei) / SGD59 (Singapura)

EZZY CAP

Cap Renang & Inner

RM49 (WM) / RM59 (EM)

BND19 (Brunei) / SGD19 (Singapura)

SPORTEE JR.

Tudung Sukan & Inner

RM69 (WM) / RM79 (EM)

MATERIAL

• Perlindungan kulit dan rambut

• Anti renyuk dan tanpa iron

• Pelindung UV SPF 40+

• Superlight (ringan)

• Anti pekak dan pening

• Syariah Compliant

• Multipurpose

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×