BANGKOK 29 Sept. – Majlis perpisahan 17 pelajar Kolej Teknik Si Sa Ket yang menyertai latihan industri di wilayah ini berakhir dengan tragedi apabila kesemua mereka terbunuh dalam satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah trak pikap lebih muatan yang dinaiki mangsa, awal pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi waktu tempatan itu, trak pikap dinaiki mangsa yang dalam perjalanan pulang ke pangsapuri mereka terbabas sebelum merempuh tiang lampu dan terbalik…










