LONDON 25 Sept. – Mauricio Pochettino merasakan situasi kurang tenang di dalam pasukan menjadi punca Tottenham gagal beraksi cemerlang pada permulaan musim ini. Spurs tersingkir daripada saingan Piala FA kepada pasukan divisyen empat, Colchester United 4-3 menerusi penentuan penalti. Sehingga kini, pasukan kendalian Pochettino gagal meraih sebarang kemenangan di tempat lawan dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan berada di kedudukan ketujuh, berkongsi mata sama dengan Burnley serta Sheffield United selepas…










