GUA MUSANG 27 Sept. – Di kala teman lain melanjutkan pelajaran ke menara gading dan seterusnya memulakan kerjaya masing-masing, seorang gadis pula memilih mengabaikan masa depan sendiri kerana mahu menjaga ibu yang sakit saraf otak. Nor Syuhadah Aziz, 23, terpaksa menguburkan impian untuk bergelar seorang guru demi menjaga dan menguruskan ibunya Noraini Ismail, 54, yang sakit saraf otak sejak enam tahun lalu. Dia yang tinggal di Kampung Limau Kasturi 2,…










