KUALA LUMPUR 23 Sept. – Mantan Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia untuk terus berkongsi pandangan dan idea terbaik kepada badan pengelola itu khususnya dalam menjayakan Next50 Strategic Blueprint 2021-2070. Walaupun sudah tidak lagi memegang jawatan sebagai pengerusi, Tunku Ismail mengakui sentiasa terbuka untuk menghulurkan bantuan dan sokongan kepada MFL seandainya diperlukan memandangkan baginda sendiri adalah pencetus idea kepada pelan pembangunan tersebut.…










