Israel serbu dua bandar Tebing Barat menjelang Aidiladha - Utusan Malaysia

Israel serbu dua bandar Tebing Barat menjelang Aidiladha

ASKAR-askar Israel menahan beberapa penduduk Palestin di Dura. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Tentera Israel telah menyerbu dua bandar Palestin di selatan Tebing Barat yang diduduki, memaksa pemilik kedai menutup perniagaan mereka dan menyerang penduduk, menurut saksi dan media rasmi Palestin.

Serbuan itu berlaku pada waktu puncak membeli-belah ketika pusat bandar dipenuhi penduduk yang membuat persiapan untuk perayaan Aidiladha, serta selepas kerajaan Palestin membayar sebahagian gaji kakitangan awam.

Hari Raya Aidiladha disambut umat Islam esok,

Serbuan utama tertumpu di Dura, selatan Hebron, di mana saksi memberitahu agensi Anadolu bahawa kenderaan tentera Israel memasuki pusat bandar ketika orang ramai sedang berkumpul.

Ia berlaku sebelum askar-askar berada di jalan, melepaskan gas pemedih mata dan memaksa pemilik kedai menutup premis mereka.

Saksi berkata, tentera Israel mengumpulkan beberapa lelaki muda, menutup mata dan menghimpunkannya di luar sebuah kedai dan didakwa menyerang mereka.

Radio Voice of Palestine yang dikendalikan kerajaan melaporkan pertempuran tercetus antara belia Palestin dan tentera Israel semasa serbuan di Beit Fajjar, selatan Bethlehem.

Sepanjang April, pihak berkuasa Palestin melaporkan bahawa penduduk Israel yang menduduki kawasan itu melakukan 540 serangan terhadap rakyat Palestin dan harta benda mereka di Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqddis Timur, menurut laporan bulanan Suruhanjaya Palestin.

Serangan itu berlaku ketika tentera Israel meneruskan peningkatan operasi di Tebing Barat, termasuk pembunuhan, penahanan dan serbuan ke atas bandar serta kampung yang melibatkan pemeriksaan rumah selain pemusnahan harta sejak bermulanya perang di Gaza pada Oktober 2023.

Serangan oleh tentera Israel dan penduduk di Tebing Barat telah mengorbankan 1,162 rakyat Palestin, mencederakan 12,245 orang dan membawa kepada hampir 23,000 penahanan, menurut angka rasmi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN