JAKARTA 22 Sept. – Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar memberitahu titik panas kebakaran hutan dan tanah di beberapa wilayah pada tahun ini meningkat lebih 200 peratus. Republika melaporkan, walaupun demikian jelasnya, wilayah yang mengalami kebakaran tidak sebanyak tahun lalu. “Tahun ini kawasan yang terbakar seluas 328,000 hektar, sedangkan pada tahun lalu mencapai 510,000 hektar,” katanya. Beliau memaklumkan, pemerintah telah melakukan pelbagai usaha pemadaman kebakaran, baik di…








