COLOMBO 28 Sept. – Pihak hidupan liar menemukan tiga lagi gajah liar mati dipercayai diracun penduduk kampung yang marah di sentral Sri Lanka hari ini. Menurut jurucakap polis, Ruwan Gunasekera, haiwan itu ditemukan di hutan simpan berhampiran Sigiriya menjadikan jumlah keseluruhan gajah yang mati ialah tujuh ekor. “Sejak semalam, kita menemukan bangkai tujuh gajah termasuk gadingnya,” katanya. – AFP










