KUALA TERENGGANU 20 Sept. – Pemangku jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain menggesa anak-anak buahnya bermain bermati-matian menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam esok. Tambahnya, dia mahu skuad Penyu memanfaatkan beraksi di laman sendiri sebagai bekalan sebelum berlepas ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dalam suku akhir kedua pada 28 September nanti. “Ini padang kita, bermainlah…










