MILAN 20 Sept. – Kaka menyifatkan masih terlalu awal untuk menilai prestasi pengurus AC Milan, Marco Giampaolo dan pada masa sama percaya bekas pasukannya mampu mengejutkan Inter Milan dalam saingan Serie A, hujung minggu ini. Giampaolo menyertai Milan dari Sampdoria pada musim panas lalu namun aksi yang ditampilkan pasukannya masih belum cukup cemerlang. Milan gagal melakukan sebarang percubaan tepat ketika tewas 0-1 kepada Udinese dalam aksi pembukaan Serie A awal…










