TEMERLOH 30 Sept. – Usaha pembinaan jambatan baharu Temerloh bernilai RM146 juta bakal menjadi kenyataan selepas Jabatan Kerja Raya membuka tender pembinaannya Isnin lalu. Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Tahir berkata, pemilihan kontraktor akan dilakukan secara telus dan dipilih berdasarkan kemampuan menyiapkan jambatan berkenaan dengan baik. “Iklan untuk jambatan itu telah dibuat dan pada 14 Oktober nanti ada lawatan tapak, jadi sesiapa yang berminat hendak buat jambatan dengan segala…










