PUTRAJAYA 23 Sept. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas esok bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor. Setiausaha SPR Datuk Mohamed Elias Abu Bakar dalam kenyataan hari ini berkata, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof hari ini berhubung kekosongan luar jangka kerusi itu berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr. Md Farid Md Rafik…










