WARNA dalam fotografi memainkan peranan penting terutama untuk menghidupkan sesebuah karya. Warna terbahagi kepada dua sektor iaitu warna primer dan warna sekunder. Warna primer terdiri daripada merah, biru dan kuning manakala warna sekunder terdiri daripada hijau, jingga dan violet (ungu). Hasil gabungan kedua-dua bahagian warna ini akan dapat menghasilkan sebuah karya yang cukup menarik. Dari segi teknikalnya warna dalam fotografi dapat mewujudkan keseimbangan, kontras, penekanan dan harmoni. Fotografi digital warna…










