KUALA LUMPUR – Tanda pagar #ampuntuanku dan #permaisuriagong hari ini menjadi trending di laman Twitter selepas akaun peribadi Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dinyahaktif sejak semalam. Akaun itu dinyahaktif dipercayai disebabkan bebenang sekumpulan pembuli siber yang meninggalkan komen tidak sopan terhadap akaun baginda. Disebabkan itu, warganet terutama pengguna Twitter telah meninggalkan komen di akaun masing-masing yang mahu Tunku Azizah kembali mewarnai laman Twitter dengan perkongsian gambar dan keterangan…










