TAMPIN 21 Sept. – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyelar kenyataan Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang menggambarkan penyatuan ummah oleh UMNO dan Pas sebagai ‘perlumbaan ke neraka.’ Beliau berkata, adalah tidak wajar Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia mengguris perasaan umat Islam. “Dia cakap konsep Rahmatan Lil Alamin yang dibawa Pakatan Harapan (PH) bukan hendak tandingi penyatuan ummah atau Muafakat Nasional yang…










