KUALA TERENGGANU – Seorang suri rumah yang disyaki mengalami gangguan emosi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi perempuannya berusia tiga bulan, dua minggu lalu. Tertuduh Nur Najihah Zulkiflee, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha. Mengikut pertuduhan, Nur Najihah didakwa menyebabkan kematian bayinya, Medina Sandra Mohd. Saddly di sebuah rumah di Felda Neram 2, Chukai, Kemaman pada pukul…










