KOTA KINABALU – Kegiatan pembalakan dan perlombongan haram di seluruh negara kini menjadi fokus Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana isu yang melibatkan alam sekitar itu adalah isu kepentingan awam dan perlu dibanteras habis-habisan. “Oleh itu, kami sedang menyusun strategi yang melibatkan kaedah-kaedah yang lebih cangih disebabkan ada pelaku yang sudah terlalu selesa melakukan kegiatan tersebut kerana mereka mengetahui sistem yang kita ada,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya. Beliau…










