KUALA LUMPUR 3 Sept. – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan bakal hadir ke majlis Persidangan World Biz Kesembilan untuk menerima Anugerah Antarabangsa Rania 2019. Menurut pengurusnya, Rozi Abdul Razak, pihaknya berbesar hati menerima anugerah berprestij yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) tiga hari lagi. “Lebih membuatkan Siti teruja apabila mendapat tahu namanya dalam senarai 12 orang penerima anugerah antarabangsa yang lain. “Syukur alhamdulillah,…










