ALOR SETAR 22 Sept. – Pemimpin-pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) terutama Pengarah Biro Komunikasinya, Khalid Abdul Samad terlalu ‘sibuk’ mengenai penyatuan UMNO-Pas sehingga lupa menjaga parti sendiri. Perkara itu menyebabkan parti tersebut mengalami masalah sehingga Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) mereka di seluruh negara terpaksa dibatalkan. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Baling, Mohamad Sahabudin Besher Mohamad berkata, Khalid sepatutnya menumpukan perhatian kepada cara menyelesaikan masalah parti sendiri yang ternyata masih lemah.…








